Selamat Datang

Pengenalan

 

ZY Phyto Tech Industries merupakan sebuah fasiliti pembuatan yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra Islam. Ianya memberi fokus kepada penghasilan produk-produk hiliran yang berasaskan herba dan bahan-bahan semula-jadi secara bersih dan suci. Fasiliti ini direkabentuk dari segi proses dan adabnya bagi mempastikan keperluan “halalan thoyyiban” dipenuhi.

Matlamat utama penubuhan syarikat ini adalah untuk memartabatkan penggunaan herba tempatan dan nusantara disamping makanan-makanan sunnah yang telah digunakan sejak turun-temurun bagi meningkatkan kesihatan umum. Dalam masa yang singkat produk keluaran syarikat ini telah berjaya berada dipasaran pada tahap yang membanggakan.

Hasil keluaran syarikat ini terdiri dari produk dalam bentuk cecair, serbuk dan uncang the seperti jus makanan sunnah, jus herba, jus minda, jus tenaga, jamujus lelaki dan wanita, kopi herba pra-campuran, fiber diet, makanan kesihatan (jenis serbuk), teh herba serta pelbagai lagi produk dalam bentuk cecair, serbuk dan uncang teh.

ZY Phyto Tech Industries berbesar hati menerima kedatangan pengusaha jenama tidak kira kecil atau besar untuk bekerjasama menghasilkan produk-produk untuk dipasarkan. Kami bersedia melayani tempahan dari usahawan tanpa mengira saiz tempahan kerana kami memahami masalah yang dihadapi oleh ramai usahawan kecil.

Gambar : Kilang Operasi

 



Ads : Sinar (Jumaat 18 Dis 2009)

 



Ads : Sinar (Jumaat 18 Dis 2009)

 


                                                                     Klik here